Isnin, 12 Oktober 2015

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Galurkan langkah-langkah kearah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.





     Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Tanah Melayu telah ditadbir oleh British. Tanah Melayu juga telah diduduki oleh Jepun selama 4 tahun dari tahun 1941 hingga 1945. Sebelum mencapai kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan darurau selama 10 tahun disebabkan serangan Parti Komunis Malaya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaaan di Tanah Melayu. Bermula dari tahun 1951 hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

     Antara langkah-langkah yang dilakukan ialah dengan mengwujudkan Sistem Ahli 1951. Sistem ahli 1951 merupakan usaha penting dalam mewujudkan perpaduan. Tokoh-tokoh yang menganggotai Sistem Ahli 1951 terdiri daripada semua kaum. Oleh itu, wujud kerjasama antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan pada peringkat tertinggi. Ahli-ahli Sistem Ahli mestilah berwarganegara Tanah Melayu dan menjalankan tugas-tugas bertaraf menteri. Antara ahli-ahli Sistem Ahli ialah Dato’ Onn b. Ja’afar,E.E.C. Thuraisingam,Tengku Yaakob Ibni Sultan Abdul Samad dan Mahmud b. Mat. Antara faedah Sistem Ahli 1951 ialah semangat kerjasama dapat diwujudkan antara kaum melalui pentadbiran bersama. Ini dapat menyedarkan rakyat bahawa perpaduan dapat dicapai melalui kerjasama dan sikap bertolak ansur.

     Langkah seterusnya ialah dengan perkembangan parti politik dan perjuangan kemerdekaan. Parti-parti politik  terus berkembang di Tanah Melayu. Matlamat parti-parti politik berbeza antara satu sama lain. Ada parti politik yang memfokuskan perjuangan mereka untuk memelihara kepentingan kaum masing-masing dan ada juga untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Antara parti yang diwujudkan ialah parti yang berbentuk radikal seperti PKM,AWAS,API dan PKMM. Parti berbentuk keislaman adalah PAS dan Hizbul Muslimin. Parti bukan bersifat perkauman IMP(Parti Kemerdekaan Tanah Melayu) dan Parti Negara. Akhir sekali ialah Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC.

     Langkah seterusnya ialah dengan mengadakan pilihan raya. Perkembangan kegiatan politik dan tuntuan daripada pelbagai parti telah menyebabkan kerajaan British membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya. Kerajaan British membuat keputusan ini kerana memerlukan kerjasama dan pertolongan rakyat Tanah Melayu bagi menghapuskan ancaman komunis. Selain itu, kerajaan British mahu menggunakan pilihan raya unruk menguji sama ada wujud perpaduan atau tidak perpaduan kaum di negara ini. Kerajaan British berjanji kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat bersatu padu. Pada peringkat permulaan, diperkenalkan pilihan raya peringkat tempatan pada tahun 1951 bagi: Majlis Bandaran George Town,Johor Bahru,Ipoh,Melaka,Seremban dan Kuala Lumpur. Pilihan Raya umum pertama bagi Majlis Undangan Perseketuaan diadakan pada tahun 1955.


     Kemudian dengan penubuhan Parti Perikatan. Bagi menghadapi pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada 1952 MCA dan UMNO berpakat untuk berkerjasama secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Menurut persetujuan,UMNO tidak akan bertanding dikawasan MCA dan MCA tidak akan bertanding dikawasan UMNO. Kedua-dua pihak akan saling membantu di kawasan masing-masing. Strategi ini mendatang kejayaan kepada UMNO dan MCA. Kedua-dua parti mendapat undi majority. Pakatan UMNO-MCA dipraktikkan dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Johor Bahru dan Melaka. 

     Dengan kejayaan ini, Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan Tan Cheng Lock untuk meneruskan kerjasama Parti Perikatan ke peringkat kebangsaan. Pada Februari 1953,pemimpin UMNO-MCA telah bermesyuarat di Kelab Pelombong-pelombong Bijih Timah Selangor di Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat itu,keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk berjuang dalam pilihan raya umum pertama yang akan diadakan pada 1955 di Tanah Melayu. Pada tahun 1953,terdapat dua kumpulan yang mengemukan tuntutan kemerdekaan kepada kerajaan British. Kumpulan pertama diketuai oleh Dato’ Onn b. Ja’afar. Pada April 1953,Dato’ Onn telah menganjurkan satu Perundingan Kebangsaan di Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang dipersetujui meminta British mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1956 dan mahu sebahagian daripada anggota Majlis Undangan  Persekutuan yang baru terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan telah menganjurkan satu Konvensyen Kebangsaan. 



     Hasil Konvensyen tersebut, dua tuntutan dibuat, iaitu pilihan raya diadakan pada tahun 1954 dan menuuntuk supaya 60 peratus ahli Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil yang dipilih melalui pilihan raya. Kedua-dua pihak telah merujuk kepada Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan muktamad. Raja-raja memutuskan supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955 dan separuh daripada anggota Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan tidak puas hati dengan cadangan Majlis Raja-raja dan menghantar rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk membantah tetapi ditolak oleh kerajaan British. Kesannya kira-kira 1000 orang ahli UMNO dan MCA meletakkan jawatan dalam kerajaan. Pentadbiran British terpaksa tunduk kepada tuntutan Parti Perikatan kerana British sangat memerlukan perpaduan rakyat untuk menentang komunis.


5 ulasan:

  1. Terima kasih kerana memberi maklumat kepada saya..Blog ini amat membantu kepada saya ..tq..tqq

    BalasPadam
  2. Did you hear there is a 12 word sentence you can communicate to your partner... that will trigger deep feelings of love and instinctual attractiveness to you buried inside his heart?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, please and look after you with all his heart...

    12 Words That Trigger A Man's Love Impulse

    This impulse is so built-in to a man's genetics that it will make him try better than ever before to take care of you.

    In fact, triggering this dominant impulse is so important to getting the best ever relationship with your man that once you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will soon notice him open his mind and soul for you in such a way he never expressed before and he will distinguish you as the only woman in the universe who has ever truly appealed to him.

    BalasPadam
  3. sangat membantu untuk saya menyiapkan tugasan kerja kursus yang akan d hantar minggu hadapan..Terima kasih....

    BalasPadam