PENGAJARAN
Sebagai
warganegara yang cinta akan tanah air, kita seharusnya mempertahankan negara
daripada penjajahan barat supaya negara berada dalam keadaan yang aman dan
damai tanpa pertumpahan darah. Selain itu, sebagai golongan muda iaitu pencorak
masa depan negara, kita perlulah menanamkan semangat patriotik dalam diri
supaya dapat mempertahankan hak negara daripada diceroboh negara asing.
Seterusnya, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap negara, kita perlu
berusaha sedaya upaya bagi mencipta nama negara di persada antarabangsa dan
dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.
KESIMPULAN
Antara perkara penting yang dapat diambil dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini akan berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan