Rabu, 7 Oktober 2015

MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN



MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN



contoh gambar Kongres Pertama UMNO



contoh gambar rombongan kemerdekaan ke London


     Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara. Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat. Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta. Pada tahun 1945, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperoleh kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti kronologi berikut:


KRONOLOGI DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN NEGARA

27 JULAI 1955

Pilihan Raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi Pilihan Raya tersebut.

10 OGOS 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet Pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu,  wakil Cina dan 2 wakil India.

18 JANUARI - 6 FEBRUARI 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Pesekutuan Tanah Melayu di London.

8 FEBRUARI 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekan Persekutuan Tanah Melayu.

20 FEBRUARI 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

21 MAC 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 - 29 DISEMBER 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Bidang diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chiu Peng. Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 OGOS 1957
Detik 12.00 tengah malam , bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 OGOS 1957

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


RUMUSAN

Tanah melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di tanah melayu dan asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsepius soli yang ditentang mereka sejeak pertubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan